Perth Dijangka Terima Ratusan Waris Penumpang, Kru MH370 - Berita Semasa | mStar

Perth Dijangka Terima Ratusan Waris Penumpang, Kru MH370

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 3:32 PM

Beberapa ahli keluarga penumpang pesawat MH370 ketika keluar dari dewan taklimat tertutup oleh pengurusan Malaysia Airlines. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Beberapa ratus anggota keluarga penumpang serta kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dijangka tiba di Perth dalam tempoh beberapa minggu ini, lapor agensi berita Australian Associated Press (AAP).

Laporan itu memetik Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett yang turut berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan China memandangkan sebahagian besar daripada 227 penumpang ialah warga China.

"Masih belum jelas bagaimana akan tetapi saya difahamkan ramai anggota keluarga penumpang, terutamanya warga China, akan mahu ke Perth untuk berada sedekat mungkin dengan apa yang dipercayai tempat terakhir saudara mereka," katanya menerusi radio Fairfax pada Rabu.

Pangkalan Udara Pearce di Perth menjadi hub operasi pencarian pesawat yang pada Isnin lepas disahkan penerbangannya berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. 

Barnett berkata selaku kerajaan negeri, pihaknya akan berusaha membantu dan memastikan segala keperluan keluarga penumpang MH370 dipenuhi termasuk mengadakan upacara memperingati mangsa jika perlu.

Sementara itu, Datuk Bandar Perth, Lisa Scaffidi berkata bandar raya tersebut bersedia menjadi tuan rumah kepada waris penumpang dan kru MH370.

"Kami berharap dan berdoa pesawat dan kotak hitamnya akan ditemui secepat mungkin," katanya dalam laporan AAP itu.
Tags / Kata Kunci: MH370 , waris , keluarga , Perth
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan