Najib Dijadual Saksi Majlis Menandatangani Perjanjian Komprehensif Bangsamoro Di Filipina Khamis

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 10:19 PM

Najib

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) di antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Filipina, Khamis.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Rabu berkata, sebelum itu Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina, Benigno S.Aquino III pada Khamis.

"Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis makan malam yang akan dihoskan Presiden Filipina esok. Lawatan kerja Perdana Menteri ke Filipina esok adalah atas undangan Presiden Aquino yang telah disampaikan sewaktu lawatan negara beliau ke Malaysia," kata kenyataan itu. 

Aquino melakukan lawatan negara ke Malaysia bulan lepas dan Malaysia adalah pemudahcara kepada rundingan damai di antara kerajaan Filipina dan MILF dan juga telah mengetuai pasukan Pemantauan Antarabangsa di Mindanao, Selatan Filipina sejak tahun 2004. 

Menurut kenyataan itu, dalam lawatan kerja ke Filipina esok, Perdana Menteri akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan menteri kabinet lain iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. 

"Lawatan ini akan memberi peluang kepada Perdana Menteri dan Presiden Aquino menyambung perbincangan mereka ke arah pengukuhan tali persahabatan dan hubungan dua hala sedia ada untuk kepentingan bersama dan rantau ini," kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu, ia juga akan memperlihatkan komitmen berterusan Malaysia bagi menjamin dan mengekalkan keamanan dan keselamatan di rantau ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan