Malaysia Terima Imej Satelit Baharu Tunjuk 122 Objek Mungkin Berkaitan MH370 - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 6:47 PM

Hishammuddin (kiri) menunjukkan gambar yang dirakam oleh satelit yang dikatakan objek mungkin berkaitan pesawat MH370 semasa sidang media di PWTC, Kuala Lumpur pada Rabu. Turut sama, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kanan). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia menerima dua imej satelit baharu yang menunjukkan 122 objek berkemungkinan berkaitan dengan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menerima dua imej daripada Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpangkalan di Perancis pada Selasa itu, di mana imej tersebut diambil pada 23 Mac.

"MRSA menganalisis imej-imej itu di satu kawasan lautan dengan perkiraan 400 kilometer persegi yang dapat mengesan 122 objek berpotensi (mungkin dikaitkan dengan MH370).

"Terdapat sebahagian objek yang cerah, berkemungkinan menunjukkan bahan yang keras.

"Objek-objek itu terletak di satu kawasan kira-kira 2,557 kilometer dari Perth (Australia)," katanya pada sidang media harian mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Rabu.

Beliau menambah, MRSA telah menghantar penemuan itu kepada Pusat Koordinasi Penyelamat (RCC) Australia di Perth pada Selasa.

"Kita perlu menekankan bahawa kita tidak dapat memastikan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370. 

"Bagaimanapun, ini merupakan petunjuk baharu yang akan membantu bagi mengarahkan operasi mencari," kata Hishammuddin.

Beliau menambah, pada masa ini terdapat empat satelit yang berbeza dari China, Australia dan Perancis, yang menunjukkan objek berkemungkinan serpihan pesawat.  

"Ini akan membantu mengurangkan lagi kawasan pencarian dan mengesan lebih banyak serpihan pesawat," katanya.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan