Malaysia, China Akan Terus Bekerjasama Rapat Berhubung Tragedi MH370 - Najib

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 8:02 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan China akan terus bekerjasama rapat dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang laluan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tulisan terbarunya melalui Facebook, Najib berkata beliau mengadakan perjumpaan dengan Naib Menteri Hal Ehwal Luar China Zhang Yesui di Parlimen hari ini untuk berbincang tentang tindakan seterusnya mengenai usaha mengesan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu.

"Saya mengadakan perjumpaan dengan Naib Menteri Hal Ehwal Luar Republik Rakyat China Yang Berbahagia Zhang Yesui di Parlimen untuk membincangkan tindakan selanjutnya," kata beliau.

Najib juga menulis melalui laman tweeternya @NajibRazak tentang perjumpaan beliau dengan Zhang, yang juga duta khas Kerajaan China.

Sementara itu, Zhang juga melakukan kunjungan hormat terhadap Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. 

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.

Seramai 154 daripada 227 penumpang penerbangan itu adalah rakyat China. Operasi mencari pesawat itu, melibatkan pelbagai negara dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian, setelah didapati pesawat itu mengubah laluannya, di dua koridor - koridor utara yang merentas dari sempadan Khazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Hasil analisis terhadap data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat dari United Kingdom Inmarsat dan UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) membuat rumusan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di

selatan Lautan Hindi".
Tags / Kata Kunci: MH370 , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan