Kenyataan Hishammuddin Mengenai MH370, Rabu

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 9:38 PM

hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, Rabu.

Pengenalan.

Usaha mencari MH370 diteruskan. Usaha kita kini ditumpukan di selatan Lautan Hindi, di mana pasukan pelbagai negara, diketuai Australia, menggeledah perairan dalam usaha mencari serpihan.

Azam kami untuk mencari MH370 kekal teguh. Seperti yang kami nyatakan selama ini, kami tidak pernah mengalah untuk mencari pesawat itu - bagi memberi penjelasan kepada keluarga dan memastikan apa sebenarnya yang terjadi kepada MH370.

1.Imej-imej baharu satelit.

Australia, China dan Perancis telah mengeluarkan imej-imej satelit, menunjukkan objek-objek yang mungkin berkaitan dengan MH370. 

Semalam, pada 25 Mac, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menerima imej-imej baharu satelit daripada Airbus Defence and Space, yang berpangkalan di Perancis. Imej-imej itu diambil pada 23 Mac. 

MRSA menganalisis imej-imej itu dan - di satu kawasan lautan berkeluasan kira-kira 400 kilometer persegi - dapat mengenal pasti 122 objek-objek yang berpotensi.

Sesetengah objek berukuran satu meter panjang; yang lain sepanjang 23 meter. 

Sesetengah objek kelihatan cerah, kemungkinan menandakan bahan pejal. 

Objek-objek itu terletak kira-kira 2,557 kilometer dari Perth. 

Kami akan mengeluarkan nota-nota berhubung maklumat baharu ini selepas sidang akhbar ini.

Dapatan MRSA dengan segera dikemukakan kepada Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia di Perth semalam.

Perlu ditekankan bahawa kami tidak boleh memaklumkan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370. Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi petunjuk yang dapat membantu memberi arah kepada operasi mencari.

Kami kini mempunyai empat petunjuk satelit berasingan, dari Australia, China dan Perancis, menunjukkan kemungkinan serpihan. Ia kini penting bagi kami menghubungkan serpihan itu kepada MH370. Ini akan membolehkan kami untuk mengurangkan lagi kawasan pencarian, dan mengesan lebih banyak serpihan dari pesawat itu.

2. Operasi terkini.

Australia kini mengetuai usaha mencari di selatan Lautan Lautan Hindi, bertempat di luar Perth. Malaysia terus memainkan peranan sebagai penyelaras.

Semua negara yang terlibat menunjukkan tahap kerjasama yang tidak pernah dilakukan sebelum ini; dan yang tidak pernah berubah.

Australia membahagikan kawasan pencarian kepada dua sekktor, Timur dan Barat.

Hari ini, cuaca baik dan 12 kapal terbang akan pergi ke kawasan pencarian - enam di sektor Timur dan enam di Barat.

Di sektor Timur, pencarian akan dijalankan oleh:

sebuah P3 Orion Australia, dan tiga pesawat awam Australia.  

sebuah Ilyushin IL-76 China.  

sebuah P3 Orion New Zealand.

Di sektor Barat, pencarian akan dijalankan oleh:

sebuah P8 Poseidon Amerika. 

sebuah P3 Orion Korea.  

sebuah P3 Orion Jepun. 

dua P3 Orion Australia, dan sebuah pesawat awam. 

Dua buah kapal juga akan menyertai operasi mencari. 

Semalam ‘HMAS Success’ digerakkan semula ke selatan kawasan carian akibat cuaca buruk. Hari ini kapal itu telah kembali dan akan menyokong operasi mencari di sektor Barat.

Sementara itu kapal China ‘Xue Long’ hari ini digerakkan ke sektor Barat. 

Sebuah pesawat Pengawal Pantai Jepun berlepas dari Subang pagi ini ke Perth untuk menyertai operasi mencari.

Seperti yang saya nyatakan semalam, operasi mencari di koridor utara dan di  sebelah utara koridor selatan, telah dibatalkan. Kementerian Luar telah menghantar nota-nota diplomatik kepada semua negara berkaitan untuk memaklumkan secara rasmi mengenai perubahan ini.

Sebelum saya teruskan, saya ingin menyampaikan penghargaan kami kepada pihak berkuasa Australia dan terutamanya kepada Perdana Menteri Tony Abbot, atas sumbangan luar biasa dalam operasi mencari.

3. Duta khas China.

Hari ini, Perdana Menteri bertemu Yang Berbahagia Zhang Ye Sui, Naib Menteri Hal Ehwal Luar Republik Rakyat China dan duta khas kerajaan China. Saya juga bertemu Yang berbahagia tengah hari tadi.

Dalam perbualan kami Yang berbahagia memaklumkan komitmen China untuk meneruskan dan memperhebatkan operasi mencari, dalam apa jua cara yang mungkin, dan menggerakkan mana-mana aset yang mungkin diperlukan.

Malaysia telah memberikan perkembangan terkini kepada Yang Berbahagia dan anggota delegasinya mengenai perkembangan terbaharu dari Inmarsat. 

Yang berbahagia dan delegasinya juga diberi taklimat yang komprehensif daripada pasukan teknikal antarabangsa.

4. Kumpulan Kerja Antarabangsa.

Seperti yang saya maklumkan semalam, berdasarkan maklumat baharu yang diberikan oleh Inmarsat, kami telah mewujudkan satu kumpulan kerja antarabangsa.

Agensi-agensi yang terlibat dalam kumpulan kerja ini termasuk: Inmarsat, AAIB,  CAAC China dan AAID, NTSB, FAA, Boeing dan Rolls Royce, dan juga pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan.

Peranan kumpulan ini ialah untuk membantu mencuba dan menghalusi data Inmarsat dan, jika boleh, menentukan dengan lebih tepat kedudukan muktamad MH370. 

5. Maklumat lanjut.

Saya ingin memaklumkan bahawa CEO Malindo Airlines, Chandran Rama Murthy, telah menyertai saya atas pentas hari ini, dan akan dapat menjawab sebarang soalan jika kamu ada.

Seperti yang saya umumkan semalam, MAS kini mengetuai usaha untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga dan menjalankan sidang akhbar mereka sendiri. MAS akan mengadakan satu lagi sidang akhbar esok.

Penutup.   

Imej-imej baharu satelit akan terus memberikan petunjuk dalam usaha mencari MH370. Dan dengan cuaca yang bertambah baik, pesawat kini mampu untuk menyiasat objek yang menjadi tumpuan.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan antarabangsa kita atas sokongan dan bantuan yang berterusan. Usaha mencari MH370, dan siasatan mengenai apa yang berlaku dalam penerbangan, kini benar-benar merupakan usaha antarabangsa.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan