Jepun Hantar Pasukan Kedua JDR Ke Perth

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 2:47 PM

Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa bersalaman dengan anggota pasukan bantuan bencana Jepun sebelum Pesawat Gulfstream V milik pasukan Pengawal Pantai Jepun berlepas ke Perth dari Lapangan Terbang Subang, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jepun pada Rabu menghantar kumpulan kedua daripada pasukan bantuan bencananya (JDR) menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) di selatan Lautan Hindi.

Pesawat Gulfstream V milik pasukan Pengawal Pantai Jepun yang membawa 10 anggota JDR itu berlepas dari Lapangan Terbang Subang di sini pada pukul 10 pagi dan dijadual tiba di Pangkalan Udara Pearce, Perth, Australia pada 4 petang waktu Malaysia, Rabu.

"Pasukan ini akan berusaha sedaya upaya untuk membantu operasi mengesan penerbangan MH370," kata Pengarah Hubungan Antarabangsa, Divisyen Pentadbiran, Jabatan Pengawal dan Penyelamat Pantai Jepun, Kapten Tojo Hideo kepada pemberita, di hangar Aerohandlers Sdn BHd di sini.

Turut hadir menghantar pasukan itu ialah Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa.

Pencarian objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MAS di selatan Lautan Hindi itu bersambung hari ini selepas ditangguhkan semalam akibat cuaca buruk.

Pencarian yang dilakukan di kawasan kira-kira 2,500 km dari Perth itu turut bermatlamat mengutip objek terapung yang sebelum ini dikesan oleh pesawat peninjau dan satelit, serta dipercayai ada kaitan dengan penerbangan MH370 tersebut.

Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Tags / Kata Kunci: Jepun , JDR , Gulfstream V , Kapten Tojo Hideo

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan