Had Umur Maksimum Belia Mungkin Diturunkan - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 3:14 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Had umur maksimum dalam takrif 'belia' yang sebelum ini 40 tahun mungkin diturunkan kepada 25 atau 30 tahun, Dewan Rakyat diberitahu Rabu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata langkah itu sebagai usaha kementeriannya mengemas kini Dasar Belia Negara Malaysia (DBM) yang bertujuan memperkasa golongan tersebut di peringkat akar umbi.

"DBM yang diwujudkan pada 1997 terus dikemas kini dan takrifan belia yang sebelum ini sehingga 40 tahun mungkin diturunkan kepada 25 atau 30 tahun," katanya soalan Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar).

Pada masa ini, DBM merujuk 'belia' sebagai mereka yang berusia dari 15 hingga 40 tahun.

Khairy berkata kementeriannya akan menjalankan gerak kerja bagi pemurnian draf dasar itu supaya lebih menyeluruh dan menepati keperluan belia sejajar dengan perkembangan transformasi negara.

Katanya pemurnian draf itu melibatkan pemantapan konsep dan kerangka dasar agar penjajarannya selari dan menyokong dasar-dasar kerajaan sedia ada, selain mengumpul dan menganalisis dasar-dasar belia di negara lain untuk dijadikan penanda aras.

"Proses pemurnian DBM ini akan melalui empat fasa utama iaitu penyelarasan, penyedian konsep dan kerangka DBM, pengisian input dan kelulusan DBM," katanya.

Katanya cadangan pemurnian DBM ini dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia pada November depan sebelum dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk keputusan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan