MH370: Pemimpin PKR, Tian Chua Dikecam

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua diselar oleh pengguna laman sosial Tweeter selepas Ahli Parlimen Batu itu mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai pesawat MH370 yang meruntun jiwa masyarakat ketika ini.

Tian Chua dalam tweeternya telah mengeluarkan kenyataan, "PM made a statement on MH370 at 10pm while parliament was still in sission. Wonder why can't he follow Aust PM reporting dvpt in parliament". (PM buat kenyataan tentang MH370 pada pukul 10pm sedangkan parlimen sedang bersidang. Mengapa dia tidak ikut PM Australia yang membuat laporan di parlimen".

Pertikaian yang dikeluarkan oleh Tian Chua itu kemudian mendapat reaksi kurang menyenangkan ramai pihak yang turut menyelarnya.

@KhabirM dalam tweet terhadap pemimpin itu berkata, kamu mempolitikkan segala-galanya, walaupun dalam waktu sedih, juga masa hiba, itulah sebab kenapa kamu dibenci."

Selain itu terdapat ramai lagi pengguna tweeter mengutuk tindakan Tian Chua yang cuba mempolitikkan isu MH370.

"Maklumat ini (pengumuman PM) adalah untuk rakyat Malaysia. Kami tidak kisah sama ada parlimen sedang bersidang kerana kami amat prihatin terhadap MH370," kata @Kevinfernandez membalas kenyataan Tian Chua.

Seorang lagi pengguna tweeter iaitu @Haziq_F memberitahu, "Ini bukan sahaja kepentingan wakil rakyat. Ini kepetingan RAKYAT. Saya ulang RAKYAT. Jangan jadi ahli politik yang penting diri sendiri."

@commentmaniac pula memberi peringatan ini kepada Tian Chua, "Shut up And Resign (SAR) tian chua" (Diam dan letak jawatan (SAR) tian chua).

Sementara itu, pemimpin Gerakan, Tan Keng Liang turut mengutuk tindakan tersebut dengan mempersoal bolehkah pemimpin PKR itu merasa sedih sektika.

Beliau juga turut mengingatkan kesemua pengguna tweeter supaya tidak mengaitkan sebarang tweet Tian Chua dengannya.

"Jangan kaitkan tweeter saya dengan ahli parlimen PKR yang memalukan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tian Chua , PKR , Tweeter , Gerakan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan