Perlu Ikut SOP Penerbangan Antarabangsa Sebelum Keluar Perintah SAR - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 12:29 AM

hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein. Foto AP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan piawaian penerbangan antarabangsa sebelum mengeluarkan perintah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang 8 Mac lalu.

Sambil menafikan perintah SAR itu lambat dikeluarkan, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perintah tersebut tidak boleh dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya.

"Sepanjang penerbangan pesawat MH370 dalam KLIFR, pesawat dapat dilihat dalam radar KLATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur), sehingga masuk 'flight information region' HCMATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Ho Chi Minh) Vietnam. Namun begitu, pada jam 1.21 pagi, pesawat telah hilang daripada paparan radar. Pada 1.38 pagi, KLATCC terima panggilan dari HCMATCC. 

"Selepas dimaklumkan HCMATCC yang mereka tidak menerima sebarang komunikasi daripada MH370, penyelia KLATCC telah membuat penilaian situasi semasa dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.

"Setelah semua cubaan dan usaha mengesan dan menjejaki pesawat tersebut menemui jalan buntu, maka mengikut peraturan penerbangan antarabangsa dan selaras dengan IAMSAR IKO Document 9771. 4444, SAR diaktifkan pada jam 5.30 pagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat di sini, Isnin malam.

Jawapan Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan itu menimbulkan rasa tidak puas hati pembangkang yang bangun meminta penjelasan antaranya Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (PAS), Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) dan R. Sivarasa (PKR-Subang).

Kekecohan itu berlanjutan kira-kira 10 minit, memaksa Hishammuddin mengulangi beberapa kali sebab SOP tersebut perlu dipatuhi.

Menyambung penjelasannya, Hishammuddin berkata,  MAS mengeluarkan maklumat awal kehilangan pesawat itu dan mengumumkan SAR pada 7.40 pagi.

Hishammuddin turut bersetuju dengan saranan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) supaya diwujudkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk mengkaji dan meneliti kes kehilangan pesawat itu. 

Persidangan bersambung pada Selasa.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan