MH370: Cuaca Buruk, Pencarian Hari Ini Ditangguhkan - Berita Semasa | mStar

MH370: Cuaca Buruk, Pencarian Hari Ini Ditangguhkan

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat MH370 ditangguh pada Selasa berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Ia berkata keadaan laut bergelora hari ini dengan ombak setinggi dua meter hingga mencecah empat meter.

Kawasan itu juga diramal mengalami tiupan angin kencang sehingga 80 kilometer sejam, beserta hujan lebat dan awam yang rendah dengan ketinggian antara 200 dan 500 kaki dari paras laut.

"AMSA telah membuat penilaian dan mengambil keputusan keadaan cuaca sekarang akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara dan laut berbahaya dan mendatangkan risiko kepada kru.

"Oleh yang demikian, AMSA menangguh semua operasi mencari di laut dan udara hari ini ekoran keadaan cuaca sebegini," katanya dalam satu kenyataan.

Tags / Kata Kunci: AMSA , Australia , Lautan Hindi , MAS , MH370
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan