MH370: Tiada Penemuan Akan Dikeluarkan Sehingga Siasatan Selesai - KPN

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 10:26 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan mengeluarkan sebarang penemuan siasatan ke atas para penumpang dan krew pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang secara misteri di Lautan Hindi, kerana ia akan menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tumpuan siasatan kepada empat perkara -- rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan peribadi tetap tidak berubah.

Beliau berkata dalam sidang akhbar harian mengenai perkembangan siasatan MH370 di sini Selasa yang turut dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Khalid berkata, siasatan terhadap simulator milik juruterbang pesawat itu Kapten Zaharie Ahmad Shah masih berjalan dan pihaknya masih menunggu laporan daripada penyiasat luar negara.

Sebelum ini, Khalid memaklumkan maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik Zaharie adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan dan dipercayai dipadamkan pada 3 Februari lepas.

Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. 

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan