MH370: Ibu Khairul Sedih Terima Berita Nahas

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 7:33 AM

Ibu kepada Khairul Amri, Normah Jaafar (tengah) ditenangkan ahli keluarga selepas mendengar pengumuman terkini berhubung kehilangan pesawat MH370 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen di kediamannya dekat Taman Kerayong Makmor di sini, malam Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: "Bagi makcik masa dahulu. Makcik tak tau nak cakap apa, sedih sangat dengar pengumuman tadi," kata ibu kepada jurutera kapal terbang Khairul Amri Selamat.

Normah Jaafar, 50an, amat sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Isnin bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dikesan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Khairul Amri, 29, merupakan seorang daripada 227 penumpang pesawat itu yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kerana urusan kerja iaitu untuk membaiki sebuah jet milik syarikat persendirian.

Normah ketika dihubungi tidak dapat menahan perasaan sedih sebaik mengetahui perkara itu dan menangis teresak-esak mengenangkan nasib yang menimpa anaknya.

Beliau bagaimanapun merakamkan penghargaan kepada media kerana ramai yang menghubunginya untuk menyampaikan rasa simpati mereka.

Normah, yang tinggal di Taman Kerayong Makmur, Bera dekat sini tidak mampu bercakap lebih lanjut kerana terlalu sedih.

Difahamkan beliau akan ke Kuala Lumpur esok pagi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tragedi yang menimpa pesawat MH370 selepas ia hilang sejak 8 Mac.

Khairul Amri, 29, merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan mempunyai seorang anak berusia setahun tiga bulan.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , PWTC

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan