Delegasi Tertinggi M'sia Berlepas Ke Beijing Beri Taklimat Lanjut MH370

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 11:19 PM

Sebahagian ahli keluarga kepada penumpang MH370 warga China di hotel di Beijing. Foto AP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, satu delegasi tertinggi sekali lagi akan ke Beijing dan berlepas malam Selasa untuk memberi taklimat lanjut susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam Isnin bahawa Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Semasa sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Isnin, Hishammuddin berkata, delegasi tertinggi itu berada di Beijing sebelum ini dan pulang bersama beberapa persoalan untuk dibincangkan.

"Saya dimaklumkan bahawa beberapa persoalan dikemukakan kepada delegasi tertinggi ini yang pulang dan membincangkan maklumat apakah yang boleh disampaikan kepada mereka (anggota keluarga)...mereka akan berbuat demikian sebaik sahaja tiba di Beijing," kata beliau.

Di samping itu, beliau berkata kenyataan media berkaitan maklumat oleh Bahagian Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) akan dibawa bersama kepada keluarga penumpang di Beijing untuk dimaklumkan bagaimana kawasan pencarian dikecilkan ke bahagian selatan koridor selatan.

Pada 20 Mac, delegasi tertinggi, diketuai oleh Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad tiba di Beijing untuk memberi taklimat kepada keluarga dan waris penumpang pesawat MH370, mengenai perkembangan terkini pencarian pesawat yang hilang itu.

Delegasi itu mengandungi wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, TUDM, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines.

Najib pada malam Isnin mengumumkan berdasarkan analisis data dalam penyiasatan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 krew telah berakhir di selatan Lautan Hindi selepas operasi mencari dan menyelamat selama 17 hari.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12.41 tengah malam.

Penerbangan MH370 sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan