MH370: Ahli Keluarga Buat Bacaan Yasin

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 12:45 PM

Seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 membaca Yasin di Hotel Everly

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370, yang ditempatkan di Hotel Everly di sini, mengadakan majlis bacaan Yasin pada Selasa bagi memohon misi pencarian pesawat berkenaan dipermudahkan.

Antara yang hadir ialah anggota keluarga kepada penumpang, Mohd Razahan Zamani dan isteri Norli Akmar Hamid, Khairul Amri Selamat dan Suhaili Mustafa.

Menurut Naib Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Pahang di Ibukota Datuk Mustaffa Mat Yasin yang turut serta dalam majlis, majlis itu juga diadakan untuk mendoakan agar pesawat serta penumpang dapat dijumpai segera.

"Dulu ayahnya selalu bawa anaknya ke pejabat saya dan sejak kecil lagi anaknya telah menunjukkan minat untuk menjadi jurutera," katanya yang mengenali Khairul iaitu anak kepada Selamat Omar sejak kecil, kepada pemberita di sini.

Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Tags / Kata Kunci: Hotel Everly , MH370 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan