Anak Perempuan Ketua Pramugara MH370 Luah Rasa Sedih Di Twitter

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 12:02 AM

Maira Elizabeth Nari

Maira (kiri) bersama ayahnya, Andrew Nari yang merupakan Ketua Pramugara MH370.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Maira Elizabeth Nari, anak perempuan kepada Andrew Nari, Ketua Pramugara bagi pesawat MH370 yang hilang, meluahkan kesedihannya di Twitter selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan yang menggunakan pesawat Boeing 777 itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Maira, yang menulis di twitter @Gorxous_ berkata: "Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan mengenainya. Tuhan lebih sayangkan ayah, Tuhan lebih sayangkan mereka".

Akaun Twitter Maira mendapat sokongan berterusan sejak beliau menggunakan Twitter bagi meluaskan harapannya bahawa pesawat MH370 akan kembali pulang bersama penumpang dan anak kapal sejak kehilangannya 17 hari lalu, dan bagaimana beliau begitu merindui ayahnya.

Rabu minggu lalu, Maira telah menulis di Twitternya bahawa beliau tidak akan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila ia akan diumumkan pada hari berikutnya.

Beliau berkata: "Keputusan SPM akan keluar esok, dan berharap ayah akan pulang nanti. Tetapi tidak mengapa. Ayah di samping saya di dalam hati dan rasa percaya ini."

Tulisannya di Twitter sebelum itu merujuk kepada sokongan ayahnya terhadap kelab bola sepak kegemaran, Liverpool yang mendapat sokongan dan simpati daripada kelab itu sendiri.

Beliau menulis di Twitter pada 16 Mac lalu, "Ayah, Liverpool menang perlawanan. Pulanglah ke rumah, ayah dapat menonton perlawanan ini! Ayah tidak pernah ketinggalan menonton perlawanan mereka. Ini merupakan kali pertama. Kelab itu kemudiannnya membalas di Twitter, "Hanya ingin memaklumkan anda bahawa kami semua sedang memikirakan tentang ayah anda dan kesemua yang hilang dalam penerbangan #MH370. Tabahkan hati."

Najib pada pukul 10 malam Isnin membuat pengumuman bahawa penyiasat dari Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) mengesahkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan