SPRM Siasat Semula Kes Bekas Setiausaha Politik Seleweng Dana RM1.1 Juta

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 1:48 PM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed menyampaikan taklimat 'Berwibawakah SPRM?' di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan semula terhadap kes seorang bekas setiausaha politik bergelar 'Datuk' berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata suruhanjaya itu telah menyempurnakan siasatan kes itu, namun Jabatan Peguam Negara (AG) memberi arahan agar kekuatan kes itu dipertingkatkan bagi membolehkan ia dapat dituduh di mahkamah.

"Kita telah diminta AG untuk lihat kepada perkara yang lebih dalam dan lebih jauh kes ini kerana pihak AG 'concern' mengenai perkara tersebut.
 "...kerana sekiranya sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah dan akhirnya dibuang atau kalah, yang terpalit atau menjadi sasaran adalah mereka (AG) kerana seolah-olah tidak menjalankan tugas dengan betul," katanya pada taklimat bertajuk 'Berwibawakah SPRM' anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, Isnin.

Bekas setiausaha politik yang ditahan bersama seorang pengarah yayasan, masing-masing berumur 30-an dan awal 50-an, didakwa terbabit pecah amanah wang melebihi RM1.1 juta dan penipuan melibatkan dana RM1 juta.

Penyelewengan itu melibatkan tiga buah yayasan, yang tidak didaftarkan sebagai badan kebajikan atau pertubuhan, sebaliknya bergerak sebagai sebuah syarikat dengan tanggungan berhad.

Kedua-dua individu terbabit memegang jawatan sebagai pengarah dan pemegang amanah yayasan-yayasan terbabit dan difahamkan wang telah dikeluarkan bertentangan dengan objektif penubuhan yayasan.

Abu Kassim berkata terdapat dua kemungkinan kes itu, iaitu sama ada ia akan dituduh di mahkamah ataupun dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Operasi yang akan memantau atau mempersoal mengapa kes itu tidak dituduh sedangkan keterangan yang cukup sudah diperoleh.

"Di sini terdapat 'check and balance', dan saya yakin, arahan AG adalah untuk kebaikan SPRM semasa kes ini dibawa ke mahkamah. Saya berharap kes ini dapat diputuskan secepat mungkin," katanya.
Tags / Kata Kunci: Tan Sri Abu Kassim Mohamed , SPRM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan