MH370: PM Australia Maklumkan Najib Tentang Objek Dikesan

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 8:10 PM

Tony Abbott

Tony Abbott.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya di Australia Tony Abbott memaklumkan tentang penemuan dua objek oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Najib berkata, Abbott memberitahu beliau objek itu akan diambil dalam beberapa jam lagi.

"Baru terima panggilan daripada PM Australia Tony Abbott. Dua objek yang dikesan akan diambil dalam beberapa jam lagi," kata Najib menerusi mesej tweeter pada Isnin.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laporan terkini berhubung operasi mencari yang dimuat naik dalam laman webnya, berkata objek itu dikesan pesawat P3 Orion RAAF dan kapal HMAS Success yang kini berada di lokasi untuk mendapatkannya.

Laporan itu menyebut objek berkenaan dikesan di kawasan pencarian kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth kira-kira 2.45 petang Waktu Siang Timur Australia (AEDT). 

Najib turut menyuarakan penghargaannya kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang turut menghubungi beliau untuk menyatakan keprihatinan dan menawarkan bantuan dalam mencari MH370.

"PM Turki Erdogan telefon. Saya ucap terima kasih kepada beliau atas keprihatinan dan bantuan yang ditawarkan," katanya.

MH370 dalam penerbangan ke Beijing, China hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi pada 8 Mac di ruang udara antara Malaysia dan Vietnam, 49 minit setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan