Pencarian Diteruskan Walau Berdepan Taufan Gillian

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 10:07 AM

Pesawat Tentera Udara Diraja Australia AP-3C Orion berlepas dari pangkalan udara di Perth untuk misi mencari MH370.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pencarian MH370 tetap diteruskan walaupun taufan tropika di Lautan Hindi mengancam pergerakan kapal yang dikerahkan untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beberapa kapal yang bergerak ke lokasi di mana dua objek telah dilihat oleh satelit, 2,500 km dari barat daya Perth, Australia, perlu berdepan dengan keadaan cuaca teruk termasuklah taufan Gillian di bawah Kategori Satu.

"Walaupun sukar tidak ada negara berkata tidak kepada permintaan kami untuk mendapatkan bantuan," kata pemangku Menteri Pengangkutan itu yang memuji usaha-usaha pasukan carian multinasional yang mana Malaysia bertindak sebagai penyelaras.

Menurut laman web Biro Meteorologi Australia, taufan tropika boleh dikategorikan dari Kategori Satu (paling lemah) ke Kategori Lima (kuat).

Taufan Kategori Satu membawa kelajuan angin dari 90 - 125km/jam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata Taufan Gillian , yang dilaporkan telah melanda Pulau Krismas, menjadi laluan beberapa kapal yang menuju ke perairan di mana terdapat objek yang dirakam satelit Australia.

Kedalaman laut di lokasi mencari serpihan yang mungkin berkaitan MH370 adalah antara 150m dan 7,000 m.

"Ia bukan dalam kawasan mencari dan menyelamat lagi, tetapi ia boleh melanda kawasan ini," kata Azharuddin, sambil menambah taufan itu boleh menjejaskan usaha mencari dan menyelamat.

Dua kapal dagang dan lima pesawat sudah berada di dalam kawasan itu manakala dua pesawat IL -76 Ilyushin dijangka tiba di Perth untuk membantu dalam pencarian di koridor selatan yang meliputi Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Tags / Kata Kunci: Taufan , Gillian , Amerika , Australia , Lautan Hindi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan