Najib Dijangka Adakan Sidang Media Mengenai MH370 Pukul 10 Malam - Berita Semasa | mStar

Najib Dijangka Adakan Sidang Media Mengenai MH370 Pukul 10 Malam

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 8:55 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengadakan sidang media mengenai perkembangan terbaharu berhubung kehilangan pesawat MH370 pada pukul 10 malam Isnin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan perkara berkenaan di hadapan Ahli Parlimen di Parlimen bahawa Najib dijadualkan tiba di PWTC pada pukul 9 malam, sebelum memberikan kenyataan kepada media.

Hishammuddin , yang hadir di Dewan Rakyat buat kali pertama sejak kehilangan pesawat pada 8 Mac lalu, tidak mendedahkan butiran sidang media yang dijadualkan itu.

"Terdapat beberapa perkembangan. Apapun, tumpuan adalah untuk mengurangkan kawasan pencarian, jadi sebarang perkara akan diumumkan oleh Perdana Menteri," katanya,

Terdahulu, Hishammuddin mengulangi bahawa Kerajaan sedang mematuhi prosedur pengendalian antarabangsa berkaitan dengan pencarian, yang sedang dijalankan dengan cara yang telus.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. 

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal .

Siasatan mendedahkan bahawa MH370 menyimpang dari laluan penerbangan dan kemungkinan terbang di antara dua koridor - satu ke Utara menuju ke Eropah Timur dan satu lagi Selatan ke Lautan Hindi .

Pelbagai imej satelit serta pemerhatian dilaporkan mengesan serpihan yang disyaki milik pesawat itu sejak beberapa hari lalu.

Pencarian pesawat MH370 yang hilang kini memasuki hari ke-17 .

Tags / Kata Kunci: sidang media , najib tun razak , mh370
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan