Bomba Malaysia Tubuh Storm Bantu Usaha Cari MH370

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 4:32 PM

Wan Mohd Nor Ibrahim

Wan Mohd Nor Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) telah menubuhkan pasukan khas yang dikenali sebagai Storm (Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia) bagi menghulurkan kerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, pasukan itu yang terdiri daripada 100 pegawai dan anggota pelbagai unit telah menjalani latihan khas dan kini dalam keadaan bersiap sedia untuk dikerahkan bagi operasi SAR.

"Pasukan yang terdiri daripada anggota unit udara, unit penyelam dan unit mencari serta menyelamat itu telah diberikan latihan khas dan kita bersiap sedia untuk memberi bantuan dari pelbagai aspek termasuk peralatan, kemahiran dan kepakaran.

"Ketika ini operasi tersebut dikendalikan beberapa pihak termasuk Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan pihak kami akan terus mengikuti perkembangan kehilangan pesawat setiap masa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM 2013 peringkat Wilayah Utara di sini Isnin yang sebanyak 142 pegawai dan anggota dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menerima sijil masing-masing.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah JBPM Pulau Pinang Azmi Tamat.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan