Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Wan Azizah Dipilih MB Selangor Baharu

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 9:32 PM

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan wujudnya perbincangan untuk memilih isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tanpa menyatakannya secara langsung mengenai perkara itu, Anwar berkata, perkara itu bakal dibincangkan di peringkat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terlebih dahulu.

"Hal itu mereka akan bincangkan melalui kepimpinan negeri. Program Wan Azizah hari ini masih di Kajang.

"Langkah Kajang masih diteruskan yang mana Wan Azizah sekarang sudah menang di sana," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Pada Ahad, Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas memperoleh 16,741 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mendapat 11,362 undi. 

Bagaimanapun majoriti kemenangan Wan Azizah menurun kepada 5,379 undi, berbanding calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas iaitu Lee Chin Cheh yang

menang dengan majoriti 6,824 undi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan