Anak Pasangan Malaysia Ditahan Di Sweden Ikuti Kelas Intensif B. Melayu

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 8:48 AM

Anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, ketika memulakan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Padang Kala dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala di Kota Baharu, Kelantan.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden kini mengikuti kelas intensif mata pelajaran Bahasa Melayu bagi membantu meningkatkan penguasaan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala, Kelantan telah pun memulakan kelas berkenaan bagi membantu empat beradik itu.

"Ini adalah antara langkah diambil bertujuan membantu Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu memandangkan mereka berempat kini berada dalam keadaan yang stabil dan tidak lagi tertekan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Keusahawanan Wanita 2014 di sini, Ahad.

Sementara itu, Rohani berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar dua lagi laporan berkala kepada Wisma Putra mengenai keadaan empat beradik itu, Jumaat lepas.

Menurut Rohani laporan yang diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial Sweden itu melaporkan perkembangan fizikal dan emosi empat beradik itu.

"Di dalam laporan berkala itu, dinyatakan empat beradik berkenaan sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan bergaul mesra dengan rakan sebaya di sekolah.

Beliau berkata JKM akan sedaya upaya membantu keluarga berkenaan supaya dapat bersatu semula dan sentiasa cuba memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan pihak Sweeden dengan baik.

Ibu bapa empat beradik itu, Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Dis tahun lepas setelah didakwa memukul anak mereka, kini dibicarakan di Mahkamah Daerah di Solna, Stockholm.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan