PRK Kajang: Lebih 60 Peratus Keluar Undi Hingga 3 Petang

Diterbitkan: Ahad, 23 Mac 2014 1:23 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan sambutan menggalakan pengundi kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berlangsung hari ini.

Menurut suruhanjaya itu, sehingga pukul 3 petang, sejumlah 23,156 atau 60.85 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata:

"Ini satu petanda baik, kalau setiap jam keluar mengundi seperti ini...memang baik untuk peratus keluar mengundi.

"Kita harap situasi ini berterusan sampai petang," katanya ketika ditemui ketika meninjau pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sri Sekamat di sini," Ahad.
Tags / Kata Kunci: PRK Kajang , peratus , mengundi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan