MH370: Imej Baharu Beri Harapan

Diterbitkan: Ahad, 23 Mac 2014 9:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Imej baharu satelit daripada pihak berkuasa Perancis yang membayangkan bahawa objek berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 di sekitar koridor selatan memberi harapan baharu bagi misi pencarian pesawat.

Kementerian Pengangkutan berkata Malaysia menerima imej itu daripada pihak berkuasa Perancis pagi ini dan segera menyampaikan maklumat itu kepada pusat koordinasi penyelamat Australia.

Perkembangan terkini mengenai operasi mencari MH370 dimaklumkan melalui kenyataan kerana tidak ada sidang media pada Ahad.

Sidang media harian pada pukul 5.30 petang di Hotel Sama-Sama dekat Lapangan Terbang Antarabangsa KL sejak 8 Mac telah dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai, Ahad.

Sebelum ini, Australia dan China telah mengeluarkan imej satelit menunjukkan objek yang bermungkinan mempunyai kaitan dengan MH370, di sekitar koridor selatan.

"Semua maklumat ini telah disalurkan kepada Australia sebagai negara yang mengetuai misi pencarian di kawasan berkenaan," menurut kenyataan itu.

Kementerian berkata Malaysia telah dimaklumkan oleh para pegawai Australia bahawa mereka tidak membuat apa-apa penemuan baharu berhubung MH370 setakat pukul 2.30 petang Ahad.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata operasi hari ini membabitkan pencarian visual.

Pengurus besar AMSA John Young memberitahu sidang media di Canberra hari ini bahawa walaupun pencarian visual mengambil masa dan mungkin sukar tetapi keputusan yang dipersetujui adalah untuk meneruskan pencarian.

AMSA berkata imej satelit objek terapung di koridor selatan yang dirakamkan oleh China, semalam termasuk dalam kawasan pencarian.

Pencarian pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan anak kapal masuk hari ke-16 pada Ahad.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan