Wan Azizah Angkat Sumpah Adun 7 April

Diterbitkan: Ahad, 23 Mac 2014 11:03 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang yang baharu pada 7 April depan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan perkara itu pada Ahad malam.

"Dengan kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah, ia menunjukkan pertambahan Adun wanita dalam DUN Selangor yang kini menjadi 15 orang," katanya.

Menerusi PRK Kajang, Wan Azizah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

Presiden PKR itu memperoleh 16,741 undi manakala Chew mendapat 11,362 undi.

Tags / Kata Kunci: Adun , Selangor , Kajang , PKR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan