Pegawai Tertinggi Malaysia Di Beijing Dimarahi Keluarga Penumpang MH370

Diterbitkan: Ahad, 23 Mac 2014 8:43 AM

Ahli-ahli keluarga penumpang MH370 di Beijing keluar dari bilik taklimat.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Ahli keluarga penumpang warga China yang marah telah bertindak memarahi pegawai peringkat tertinggi dari Malaysia yang bertindak keluar dari bilik selepas 30 minit mesyuarat pada Sabtu berlangsung.

Pasukan itu yang terdiri daripada Duta Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin, Panglima Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dan Pengarah Pengurusan Trafik Udara DCA, Ahmad Nizar Zolfakar terdahulu secara bergilir-gilir menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli keluarga penumpang.

 Pegawai-pegawai berkenaan kemudian menjemput ahli keluarga yang terlibat menghantar soalan-soalan secara bertulis untuk tindakan susulan.

Ahli-ahli keluarga, yang datang dan bersedia dengan pembentangan PowerPoint untuk membangkitkan lebih banyak keraguan mengenai kehilangan MH370 berasa terkejut dan mula mencetuskan kekecohan.

Memandangkan mereka menjadi semakin sukar dikawal, pegawai-pegawai dari Malaysia memutuskan bahawa tindakan yang paling bijak adalah dengan keluar dari dewan.

Kekecohan ringkas telah berlaku apabila terdapat ahli keluarga penumpang yang menjerit dan memarahi pasukan berkenaan menuntut supaya mereka terus berada di situ.

"Sekarang anda telah melihat bagaimana kerajaan Malaysia melayan kami! Anda fikir bagaimana mereka akan melayan keluarga kami dalam pesawat itu?."

"Terdapat dua pembunuh di sini! Seorang daripadanya adalah perampas dalam penerbangan dan satu lagi adalah kerajaan Malaysia!"

Ahli-ahli keluarga terbabit berkata mereka percaya bahawa kerajaan Malaysia menyembunyikan kebenaran dan mengelak untuk bertemu dengan ahlikeluarga penumpang.

"Katakanlah tidak kepada pembohongan! Dedahkan kebenaran! Kembalikan kepada kami orang-orang yang kami sayang," laung ahli-ahli keluarga.

Beberapa orang ahli keluarga di situ bagaimanapun segera mengawal keadaan, menggesa supaya semua bertenang.

"Mereka tidak boleh datang dan meninggalkan China seperti yang mereka mahu. Orang-orang Cina mesti bersatu.

"Harus ada kepercayaan kepada kerajaan kita sendiri. Pegawai kita sedang berurusan dengan mereka sekarang.

"Kita tidak akan membiarkan mereka pergi. Mari kita duduk dan menunggu mereka di sini."


Tags / Kata Kunci: taklimat , MH370 , Beijing

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan