MH370: Pusat Media Dipindah Ke PWTC Bermula Ahad

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pusat media bagi petugas yang membuat liputan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkuat kuasa esok, menurut Kementerian Pengangkutan pada Sabtu.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan di sini berkata langkah itu berikutan komitmen Hotel Sama-Sama kepada tetamu yang datang sempena Grand Prix Formula 1 minggu ini.

"PWTC dipilih bagi penempatan semula itu disebabkan kemudahan dan ketersediaan bilik hotel di kawasan berhampiran yang dapat memenuhi keperluan media," menurut kenyataan kementerian.

Persidangan media baharu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, di Aras 2 PWTC dan tempat bekerja petugas media pula terletak di Dewan Mawar, Aras 2.

Petugas media boleh memulakan operasi dari 3 petang esok dan mereka dinasihati supaya melakukan urusan yang perlu.

Persidangan media harian diadakan di Hotel Sama-Sama berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejak hari pertama kehilangan pesawat itu yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Tags / Kata Kunci: PWTC , MAS , MH370

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan