New Zealand Komited Bantu Malaysia Cari MH370

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: New Zealand akan membantu Malaysia dalam apa juga cara yang mereka mampu bagi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak dua minggu lepas.

Sambil meluahkan rasa sedih dan simpati kerajaan serta rakyatnya, Menteri Hal Ehwal Maori New Zealand, Dr Pita Sharples berkata menjadi tanggungjawab negara itu untuk membantu Malaysia atas dasar hubungan baik kedua-dua negara.

"Apabila gempa bumi menggegarkan Christchurch, Malaysia antara yang terawal menawarkan bantuan, dan ini amat dihargai oleh kerajaan dan rakyat New Zealand," katanya semasa berucap dalam jamuan malam 'Sarawak-New Zealand Night', Jumaat malam.

Gempa bumi Christchurch pda 22 Feb 2011 mengorbankan 185 orang manakala ribuan lagi cedera.

Dalam pada itu Sharples berkata kerjasama baik antara Malaysia dan New Zealand yang wujud dalam pelbagai bidang sejak sekian lama, perlu dipertingkat bagi menghadapi cabaran global terutama dalam ekonomi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu yang merupakan tetamu kehormat majlis tersebut, berkata adalah amat penting untuk mengekalkan hubungan baik antara Sarawak dan New Zealand yang banyak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Pada masa sama katanya ada keperluan untuk kedua-dua pihak meneroka lebih jauh potensi bidang-bidang seperti pendidikan, peluang perniagaan, pelancongan serta program pertukaran kebudayaan.

"Skop kerjasama antara kedua-dua pihak perlu diperluas bagi meliputi lebih banyak sektor dan meneroka peluang yang ada," katanya.

Beliau turut mempelawa pelabur asing membantu kerajaan Sarawak meneroka pelbagai sumber asli yang ada di negeri itu, termasuk hidroelektrik.

"Menjelang 2030, Sarawak akan menjadi penggerak utama tenaga di rantau ini," kata Jabu.

Selain itu katanya Sarawak juga mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan terutama sektor ekopelancongan yang kini semakin menjadi perhatian pelawat.


Tags / Kata Kunci: New Zealand , MH370 , Dr Pita Sharples

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan