Menteri Kecewa Sikap Rakyat Tangani Denggi

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 10:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam kecewa dengan sikap masyarakat yang tidak mengambil bahagian dalam program menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes anjuran kementerian itu.

Beliau berkata usaha membasmi wabak denggi menerusi program menghapuskan tempat pembiakan Aedes tidak akan tercapai sepenuhnya tanpa penglibatan aktif masyarakat di sesebuah kawasan.

Katanya cuaca hujan di beberapa kawasan ketika ini boleh meningkatkan risiko serangan wabak denggi jika puncanya tidak dibasmi oleh penduduk.

"Selepas hujan, jentik-jentik boleh membiak dan hidup selama enam bulan di dalam bekas takungan air. Oleh itu penduduk perlu membersihkan kawasan masing-masing daripada bekas tin kosong dan bekas terbiar," katanya.

Dr Subramaniam berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pendidikan tinggi, 'Pathway's', di Universiti Malaya di sini, Sabtu.

Mengenai program pendidikan itu, Dr Subramaniam, yang juga Timbalan Presiden MIC, berkata kerajaan memperuntukkan 1,500 tempat untuk pelajar kaum India memasuki kolej matrikulasi untuk tahun ini.

Selain itu, katanya peluang dalam bidang kemahiran teknikal juga turut disediakan kepada pelajar kaum India.

Program anjuran Gagasan Pelajar India 1Malaysia dengan sokongan Biro Pengajian Tinggi Pemuda MIC itu akan diadakan di seluruh negara bermula hari ini sehingga 2 April ini.

Program berkenaan antara lain bertujuan memberi pendedahan dan khidmat nasihat untuk membantu pelajar kaum India melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-40431111 atau melayari www.1mism.org dan www.facebook.com/1mism.

Tags / Kata Kunci: Denggi , Universiti Malaya , Nyamuk Aedes

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan