Media Dihalang Masuk Hotel Bangi-Putrajaya

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 9:46 PM

Pengawal mengawal di jalan masuk ke Hotel Bangi-putrajaya pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hotel Bangi-Putrajaya di Bangi yang menempatkan kira-kira 20 anggota keluarga penumpang warga Cina pesawat MH370, diberi kawalan ketat, di pintu masuk utama dan pintu-pintu masuk lain ke hotel tersebut.

Pihak media telah dihalang memasuki hotel tersebut dengan papan tanda bertulis "NO MEDIA AFTER THIS PATH" diletakkan di pintu masuk utama hotel, serta di pintu masuk ke tandas, ke lif dan kawasan di sekitar hotel.

Beberapa pengawal keselamatan hotel dan pengawal keselamatan Malaysia Airlines (MAS) yang lengkap berpakaian seragam turut kelihatan mengawal sekitar hotel tersebut.

Menurut seorang wartawan akhbar Cina dari Malaysia yang enggan mendedahkan namanya, situasi itu (kawalan ketat) berbeza dengan situasi yang dialami pihak media semasa membuat liputan di Hotel The Everly, Putrajaya dan Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya di mana keluarga penumpang MH370 ditempatkan sebelum ini.

"Di kedua-dua hotel itu media boleh masuk, cuma tidak dapat mendekati keluarga penumpang," katannya.

"Berbeza di hotel ini (Bangi-Putrajaya) kerana pengawal mengawal keadaan sekeliling hotel dan saya juga disoal siasat sebaik kenderaan saya memasuki perkarangan hotel," katanya.

Keluarga penumpang warga China MH370 semalam dipindahkan ke Hotel Bangi-Putrajaya daripada Hotel Cyberview kerana Hotel Cyberview telah ditempah awal sempena perlumbaan Grand Prix Formula One Petronas Malaysia yang akan berlangsung 28-30 Mac ini di Litar Sepang dekat sini.

Pesawat Mas, MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, 8 Mac lalu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Tags / Kata Kunci: MAS , MH370 , Hotel Bangi-Putrajaya

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan