PRK Kajang: Lori, Bas Dilarang Masuk Kajang

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 3:56 PM

Mohd Shukri Dahlan. Foto: NORAFIFI EHSAN/The Star

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Kenderaan berat termasuk lori dan bas tidak dibenarkan memasuki sekitar kawasan Kajang bermula tengah malam Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, larangan berkenaan dikuatkuasakan bagi mengelak berlakunya kesesakan lalulintas pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Semua kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke Kajang bermula pukul 12 tengah malam jnj sehingga pukul 4 petang esok (Ahad).

"Kita hanya benarkan bas awam untuk masuk ke Kajang. Tapi lori dan bas penyokong parti tidak dibenarkan masuk," katanya pada sidang media di IPD Kajang di sini, Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa di DUN Kajang.

Mengulas lanjut Mohd Shukri berkata, pihaknya memberi perhatian khusus mengenai keadaan lalulintas di Kajang bagi memudahkan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

"Jumlah keseluruhan anggota yang terlibat bagi mengawal ketenteraman di Kajang ialah seramai 3,000 anggota.

"Daripada jumlah itu, seramai 800 anggota trafik ditempatkan di sekitar Kajang khusus bagi mengawal lalulintas," katanya.

Selain itu Mohd Shukri memberi amaran kepada semua parti poltik supaya tidak melakukan perarakan kemenangan selepas pengumuman keputusan rasmi dibuat pada Ahad malam.

"Kita tidak akan benarkan perarakan kemenangan dibuat...ia akan mengganggu lalulintas," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan kempen PRK Kajang, Mohd Shukri berkata pihaknya membuka tujuh kertas siasatan berkaitan salah laku kempen pilihan raya.

"Kesemua kertas siasatan itu kebanyakannya atas kesalahan tidak memiliki permit ceramah," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan