MH370: Jepun Terus Sokong Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 8:52 AM

Shinzo Abe

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jepun akan terus menyokong usaha kerajaan Malaysia melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Menurut kenyataan Kedutaan Jepun di sini malam ini, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menyatakan demikian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbualan telefon kira-kira 10 minit pada 5.30 petang Jumaat. 

Abe juga melahirkan rasa bimbangnya mengenai pesawat itu yang masih belum ditemui walaupun operasi SAR telah diperluaskan, kata kenyataan itu.

Beliau turut menyatakan penghargaannya terhadap kepimpinan Najib dalam menangani situasi sukar itu dan memaklumkan kesediaan Jepun untuk terus menyokong usaha Najib.

Abe berkata Jepun membantu operasi SAR itu dengan menggembleng lima pesawatnya ke kawasan pencarian pada masa ini dan memutuskan untuk mengerah dua pesawatnya ke Australia atas permintaan kerajaan Malaysia.

Abe juga meminta Najib supaya membuat permintaan lanjut kepada Jepun jika memerlukan sebarang kerjasama lain memandangkan Jepun mempunyai hubungan
istimewa dengan Malaysia.

Abe menyatakan beliau bersedia menghulurkan bantuan sebagai sahabat Najib dan meminta Perdana Menteri Malaysia itu memaklumkan sebarang permintaan bantuan yang diperlukan.

Kenyataan Kedutaan Jepun itu menyatakan Najib turut menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Abe di atas kata-kata semangat itu.

Najib berkata bantuan Jepun yang menggembleng pesawatnya dalam operasi mencari pesawat itu adalah amat dihargai oleh Malaysia dan ia sangat membantu usaha itu.
Tags / Kata Kunci: MH370 , Jepun , Malaysia , Shinzo Abe , Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan