Esscom Perluas Ops Gasak Ke Perkampungan Air

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 1:48 PM

Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu yang baru siap bina Februari lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ops Gasak yang dilaksana pihak berkuasa Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memburu pendatang tanpa izin, akan diperluas ke kawasan perkampungan air Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata langkah itu seiring dengan matlamat Ops Gasak iaitu membersihkan Esszone daripada pendatang tanpa izin dan aktiviti jenayah rentas sempadan.

"Saya minta setiap pegawai daerah di Esszone memberi kerjasama penuh untuk menjayakan misi ini," katanya ketika menyampaikan taklimat terkini Esscom dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Isu Penempatan Semula Perkampungan Air Esszone, Sabtu. 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman. Turut hadir Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan Esscom Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Osman, Pengarah Bahagian Awam serta Perkhidmatan Pengurusan  Esscom Abdul Rahim Ishak, presiden-presiden majlis perbandaran dan pegawai daerah di Esszone.

Mohammad berkata setakat ini Esscom telah melancarkan Ops Gasak 1, Ops Gasak 2 dan Ops Gasak 3 yang menyasarkan pulau-pulau peranginan di perairan Semporna. 

"Kita bukan hanya menumpukan Ops Gasak ini di Semporna tetapi akan memperluaskannya ke daerah lain di Esszone,"  katanya.

Pada 8 Mac lepas, 262 individu yang dipercayai pendatang tanpa izin ditahan dalam Ops Gasak 3 Esscom di Pulau Nusa Tengah  dan Pondohon di kawasan pondok-pondok di laut berdekatan Pulau Nusa Tengah, perairan Semporna.

Ops Gasak 3 merupakan susulan Ops Gasak 1 yang dilancar pada 24 November lepas, melibatkan empat pulau iaitu  Pulau Pom Pom, Pulau Mataking, Pulau Mabul dan Kapalai, manakala Ops Gasak 2 pula di Pulau Kalapuan, perairan Semporna.

Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. 

Penubuhan Esscom diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melawat Lahad Datu pada 7 Mac tahun lepas bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada Februari tahun yang sama.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan