MH370: China Kesan Objek Pada 18 Mac

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 11:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satelit China mengesan objek besar di selatan koridor pada 18 Mac, yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi Pertahanan Negara (Sastind)berkata objek tersebut dirakam satelit pemerhati berdefinisi tinggi Gaofen-1 sekitar 12 pagi waktu Beijing pada 18 Mac.

Imej berkenaan mengesan objek tersebut pada 44 darjah, 57 minit latitud selatan, dan 90 darjah, 13 minit longitud timur, di selatan lautan Hindi, menurut Sastind yang dipetik Xinuanet.com, lawan web agensi berita nasional China malam Sabtu.

Ia turut memetik jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei sebagai berkata China telah memaklumkan kepada Malaysia dan Australia selepas satelitnya mengesan objek berkenaan yang berukuran 22-meter-panjang dan 13-meter-lebar.

"China berharap data ini akan membantu usaha mencari dan menyelamat," kata Hong.

Hong berkata masih diperlukan analisis lebih lanjut dan pengesahan sama ada objek terapung yang mencurigakan itu mempunyai kaitan dengan pesawat MAS yang hilang.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat air dan udara China sedang menuju selatan Lautan Hindi.

"China akan terus bekerjasama erat dengan pihak berkaitan dan berkongsi maklumat dengan mereka, bagi menggerakkan semua usaha mencari dan menyelamat," katanya.

Lokasi objek dikesan adalah di sepanjang laluan koridor selatan yang mungkin diambil oleh MH370, dan kira-kira 120 km selatan ke barat daripada lokasi objek yang dikesan Australia sebelum ini, tambahnya.


Tags / Kata Kunci: China , MAS , MH370

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan