Bateri Litium-Ion Tidak Berbahaya - MAS

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 3:21 PM

Ahmad Jauhari Yahya

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Malaysia Airlines (MAS)  menjelaskan bateri litium-ion yang dibawa oleh penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas mematuhi keperluan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabanga (IATA).

Syarikat itu dalam satu kenyataan di sini berkata item berkenaan diklasifikasi sebagai barangan tidak berbahaya. 

Pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata dalam taklimat media bahawa barangan tersebut dibungkus seperti yang disaran oleh ICAO dan kargo itu diperiksa beberapa kali selaras dengan garis panduan ICAO.

Beliau juga berkata syarikat penerbangan lain turut berbuat demikian, bukan MAS semata-mata. 

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 orang hilang pada awal pagi 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pelbagai teori timbul susulan kehilangan pesawat itu termasuk kemungkinan berlaku kebakaran yang menyebabkan anak kapal hilang upaya.

Misi mencari yang melibatkan pelbagai negara sehingga kini gagal mengesan pesawat tersebut. 

Tags / Kata Kunci: MH370 , IATA , Boeing 777-200 , ICAO , Ahmad Jauhari Yahya

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan