Wan Azizah Silap 'Jalan' Di Kajang - Tun M

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 9:21 PM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kanan) bersalaman bersama para tetamu ketika hadir pada Majlis Jalinan Mesra Rakyat Kelab Pesara Kanan Kerajaan Malaysia di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Hulu Langat di sini, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disifatkan seperti tersilap langkah jika menganggap 'langkah Kajang' yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai laluan kepada pembangkang untuk ke Putrajaya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cita-cita pembangkang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah sia-sia dan menyusahkan rakyat.

"Tadi waktu saya datang ingat sudah tersalah tempat...saya nampak poster Wan Azizah tulis dari Kajang ke Putrajaya.

"Beliau silap jalan tu...tujuan PRK ini untuk pilih wakil rakyat Kajang dalam DUN Selangor," katanya ketika berucap pada majlis sepetang bersama Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di sini, Jumaat.

Turut hadir ialah calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

PKR memulakan 'langkah Kajang' apabila wakil rakyatnya sebelum ini, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lalu.

Menerusi kempen PRK Kajang, PKR menggunakan slogan 'dari Kajang ke Putrajaya' sebagai strategi meraih undi kononnya ia sebagai sebahagian daripada rancangan politik pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Mengulas lanjut Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berharap pengundi DUN Kajang tidak terpedaya dengan mainan politik PKR yang bertujuan untuk memenuhi matlamat politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pilihan raya ini semuanya berpusing-pusing dengan Anwar dan keluarganya sahaja. Bila beliau tak dapat bertanding, bila suruh isterinya jadi calon.

"Perjuangan mereka ini adalah perjuangan keluarga Anwar untuk jadikannya perdana menteri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tun Mahathir , Umno , PKR , Wan Azizah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan