MH370: Pasukan Mencari & Menyelamat Australia Pulang Hampa

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 12:49 AM

Imej dua objek besar sepanjang 24 meter dan lima meter yang dirakam terapung di selatan Lautan Hindi oleh sebuah satelit.

(Ubah saiz teks)

PERTH: Pasukan mencari dan menyelamat Australia yang meninjau kawasan sekitar 2,500km dari Perth di mana dua objek besar dikesan terapung oleh sebuah satelit Amerika telah menamatkan operasi mereka pada malam Khamis tanpa menemui sebarang petunjuk atau cebisan pesawat MH370 yang masih hilang.

Awan tebal dan hujan telah menjejaskan penglihatan dan usaha mencari.

Portal berita BBC melaporkan yang pasukan tersebut akan kembali menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada pagi Jumaat.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) memgumumkan sejurus sebelum tengah malam Khamis yang empat buah pesawat peninjau dari Australia, Amerika Syarikat dan New Zealand telah meninjau kawasan seluas 23,000 kilometer persegi dan mereka masih gagal menemui apa jua bukti atau cebisan yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Menurut kenyataan Amsa lagi, objek sepertimana yang dirakamkan oleh satelit itu dan menjadi tumpuan ramai sejak ia disiarkan di seluruh dunia mungkin telah hanyut beribu kilometer dari tempat ia dirakamkan.

Dua objek yang dirakamkan oleh satelit itu sebesar 24 meter panjang dan satu lagi lima meter panjang.

Ketika dirakam dua objek tersebut terapung kurang lebih 2,500 kilometer dari Perth, Australia.

Tags / Kata Kunci: AMSA , Perth , Australia , MH370

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan