Malaysia Amal Ketelusan Dalam Penyebaran Maklumat Sahih

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 8:13 PM

malaysia airlines
(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia sentiasa berpegang teguh dengan prinsipnya hanya mengeluarkan maklumat yang boleh dipercayai dan sah berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, walaupun ia tidak disukai para spekulator dan menyebar khabar angin yang mahu negara ini menari mengikut rentak mereka.

Moderator sidang akhbar yang diadakan setiap hari berhubung kejadian itu, Jagjit Singh, berkata pihak berkuasa dan jurucakap Malaysia berusaha sedaya upaya untuk bersikap telus dalam menyampaikan maklumat yang sudah disahkan kepada wakil media tempatan dan asing.

"Oleh kerana keadaan ini adalah unik, maka pihak berkuasa berusaha dengan sedapat mungkin untuk melakukan yang terbaik. Seperti kata mereka (pihak berkuasa), kehilangan MH370 adalah suatu peristiwa yang tidak pernah berlaku atau dialami dunia sebelum ini.

"Hanya maklumat kukuh, yang telah disahkan dan mendapat kepastian boleh dikeluarkan kepada media serta pemegang kepentingan yang berminat bagi mengelak tersebarnya maklumat palsu. Jika ini tidak dilakukan, ia boleh memberi kesan negatif kepada negara dan keluarga penumpang serta anak kapal terbabit," katanya kepada Bernama Jumaat.

Penolong Pegawai Penerangan ini berpendapat pihak berkuasa Malaysia bersikap amat telus dalam penyebaran maklumat.

"Tiada apa yang hendak disembunyikan oleh kerajaan. Semuanya terkini dan telus. Ada kalanya, soalan yang dikemukakan wakil media amat tidak beradab dan secara peribadi, saya bersimpati dengan para pegawai yang terpaksa menghadapi semua itu.

"Namun demikian, mereka tetap menjawab soalan yang dikemukakan dan ini menunjukkan mereka ikhlas," katanya.

Sementara itu, Rhodri Philips, pemberita akhbar harian The Sun yang beribu pejabat di United Kingdom, berpendapat isu ketelusan ini mungkin timbul kerana wartawan tidak sabar untuk mendapatkan maklumt baharu setiap hari.

"Berikutan wujudnya begitu banyak spekulasi dan teori, kami rasa pihak berkuasa tidak mendedahkan maklumat tertentu," katanya.

Walaupun memuji pihak berkuasa kerana menunaikan tanggungjawab dengan baik, beliau mencadangkan agar mereka bersikap lebih terbuka dan "menafikan perkara yang tidak benar" atau "mengesahkan perkara yang benar" bagi menghentikan perbuatan tuduh-menuduh.

Pemberita CCTV News yang berpejabat di Manila Barnaby Lo pula berkata walaupun taklimat media yang diadakan setiap hari mempunyai beberapa kelemahan, tetapi ia boleh difahami kerana pihak berkuasa perlu mendapatkan penunjuk yang boleh dipercayai sebelum mengeluarkannya.

"Ini sesuatu yang mengecewakan. Tapi, sebaliknya, kita juga patut letakkan diri kita di tempat pihak berkuasa," katanya.

Seorang pemberita China daripada Oriental Morning Post, yang enggan dikenali berkata liputan Internet di negaranya sering terganggu hingga menyebabkan pengaliran sesetengah maklumat terputus secara mendadak.

"Tidak wajar sama sekali menuduh Malaysia tidak bersikap telus dalam memberi maklumat tentang kehilangan pesawat MH370. Saya dapat memahami penderitaan yang ditanggung keluarga terbabit, tetapi kami perlu menunggu untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sah," katanya.

Sementara itu, bekas Pengurus Media dan Krisis MAS Anbarasu Sundram berkata mungkin maklumat tidak dapat dikeluarkan pada waktu yang diharapkan kerana pihak berkuasa Malaysia perlu mengesahkan setiap penunjuk yang ada.

"Setiap maklumat perlu dibuat pengesahan. Ini menyebabkan penyebaran maklumat tidak dapat dibuat pada waktu yang diharapkan oleh pelbagai pemegang kepentingan dan kerajaan yang menunggu maklumat terkini," katanya.

Penyampai berita ABN News yang bepejabat di Malaysia Yuogawathy Veeranan pula berkata Malaysia berusaha dengan sedaya upayanya untuk memberi maklumat semasa tentang operasi mencari dan menyelamat MH370 yang sedang dilakukan. 

"Saya berkata begitu bukan kerana saya rakyat Malaysia. Saya berkata begitu kerana pihak berkuasa berusaha untuk menangani persoalan kita dengan secepat mungkin dan cuba menghapuskan keraguan sepantas yang mereka mampu," katanya.

Sementara itu, Prof Madya Dr Ismailo Sualman dari Fakulti Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara berkata Malaysia bertindak mengikut prosedur betul dalam menyampaikan kepada orang ramai semua maklumat berkaitan pesawat yang hilang itu.

"Apabila berlaku krisis seperti ini, kerajaan perlu mendapatkan pengesahan tentang setiap maklumat yang diperolehnya daripada semua pihak sebelum mengeluarkannya. Maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan masalah lebih besar," katanya.
Tags / Kata Kunci: Malaysia , telus , MH370 , Jagjit Singh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan