20 Anggota Keluarga Penumpang Warga China Dipindahkan Ke Hotel Equatorial

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 4:35 PM

Antara keluarga mangsa pesawat MH370 yang hilang ketika tiba dari China dan ditempatkan di salah sebuah hotel di Cyberjaya.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 20 anggota keluarga penumpang warga China MH370 yang sebelum ini ditempatkan di Hotel Cyberview di sini, petang Jumaat dipindahkan ke Hotel Equatorial di Bangi dekat sini.

Mereka dipindahkan ekoran Hotel Cyberview telah ditempah awal sempena perlumbaan Grand Prix Formula One Petronas Malaysia yang akan berlangsung 28-30 Mac ini di Litar Sepang dekat ini.

Mereka dibawa ke Hotel Equatorial dengan sebuah bas.

Penerbangan Malaysia Airlines MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam sebelumnya.

Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Tags / Kata Kunci: MH370 , China , Equatorial Bangi

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan