Hansard Parlimen Mengenai Kenyataan Wan Junaidi Diedar Kepada Media

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 9:34 PM

Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hansard Parlimen Malaysia bertarikh 18 Mac mengenai jawapan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat berhubung kes rogol bawah umur diedarkan kepada media pada Jumaat.

Hansard itu diedarkan oleh Setiausaha Sulit Kanan timbalan menteri itu, Wan Hamzah Wan Paie berikutan jawapan Wan Junaidi itu didakwa telah disalah tafsir beberapa pihak.

Selain Hansard bertarikh 18 Mac, turut diedarkan pada sidang akhbar itu adalah Hansard 19 Mac mengenai kenyataan anggota Parlimen Kuching dari DAP, Chong Chieng Jen mendakwa jawapan Wan Junaidi itu telah menyakitkan perasaan kaum lain.

Berikut petikan Hansard jawapan Wan Junaidi:

"Statistik mangsa jenayah rogol yang melibatkan remaja 15 tahun ke bawah bagi 2012 adalah sebanyak 1,550. Mangsa terdiri daripada 1,243 Melayu (80 peratus), sebanyak 73 Cina (lima peratus), 45 India (tiga peratus), dan 189 lagi lain lain bangsa iaitu 12 peratus.

"Bagi tahun 2013, seramai 1,424 mangsa rogol dilaporkan iaitu 1,147 Melayu, 62 Cina, 32 India dan 183 lain-lain bangsa.

"Ini bukan bermakna orang Melayu kebanyakannya secara nisbah melakukan kes rogol secara sedemikian. Sebenarnya oleh kerana orang Melayu sensitif sangat kepada kes-kes seks di antara belia ini, maka laporan mesti dibuat pihak-pihak ini.

"Pihak lain mungkin kurang sensitif kepadanya maka nisbahnya dapat diterima, perkara yang berlaku itu boleh diterima oleh pihak-pihak lain. Maka nisbahnya lebih di bawah dan turun sedikit daripada angka yang ada di balai polis."

Wan Hamzah berkata Wan Junaidi kini terikat dengan peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 36 (12) iaitu ahli yang berhormat yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tidak boleh membuat sebarang kenyataan sehingga Yang Dipertua Dewan membuat keputusan, dijangka Selasa ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan