MH370: Dua Objek Di Australia Petunjuk Boleh Dipercayai - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 6:08 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Dua objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis adalah petunjuk baharu yang boleh dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang namun ia memerlukan pengesahan berhubung kaitannya.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sehingga kini kerajaan masih lagi menunggu maklumat dan laporan dari Australia dan aset-aset yang dikerahkan ke lokasi berkenaan.

"Objek yang dikesan berkemungkinan merupakan serpihan MH370 yang hilang dan merupakan petunjuk yang mempunyai kredibiliti, ia boleh dipercayai tetapi kita perlu menunggu pengesahan dari Australia.

"Sehingga ia disahkan kita akan meneruskan usaha mencari di koridor utara dan selatan dengan aset-aset multinasional yang telah dikerahkan," katanya pada sidang media mengenai kehilangan MH370 di Hotel Sama-Sama di sini, Khamis.

Hishammuddin berkata pengesahan mengenai objek yang dikesan satelit Australia itu boleh diperolehi pada bila-bila masa.

"Kita tunggu maklumat daripada aset-aset yang dikerahkan dan sedang dalam perjalanan ke sana.

"Bila-bila masa sahaja boleh dapat pengesahan," katanya.

Katanya, ia mengambil masa semalaman untuk aset-aset sampai ke lokasi berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai petunjuk terbaharu itu, beliau berkata walaupun ia dianggap petunjuk terbaik dan mempunyai kredibiliti, itu tidak bermakna petunjuk lain  akan diketepikan.

"Petunjuk terbaik setakat ini tetapi bagi kita setiap petunjuk adalah penting dan diambil kira.

"Semua petunjuk perlu diperkukuhkan dengan bukti dan disahkan...jika tidak betul ia bukan sahaja menggangu operasi carian tetapi juga memberi harapan palsu kepada ahli keluarga," katanya.

Hishammuddin berkata bagi operasi SAR, sebanyak 18 kapal laut, 29 pesawat dan enam helikopter pengangkut dikerahkan ke koridor utara dan selatan.

Katanya, Malaysia juga menghantar dua pesawat ke Kazakhstan manakala United Kingdom merancang sebuah kapalnya ke koridor selatan.

Pada Khamis Perdana Menteri Australia mengumumkan penemuan dua objek di selatan Lautan Hindi yang berjaya dirakam satelit pihak berkuasa negara itu dipercayai pesawat MH370 yang hilang.

Bagaimanapun Pengurus Besar Lembaga Keselamatan Maritim.Australia John Young berkata imej yang dirakam agak kurang jelastetapi saiznya yang berukuran 24 meter itu satu ukuran munasabah.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Australia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan