Cari Kotak Hitam Jika Objek Dikesan Sah Serpihan MH370

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 7:54 PM

Contoh kotak hitam dalam pesawat yang akan dicari jika objek yang ditemui di Australia merupakan pesawat MH370.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tumpuan utama akan diberikan terhadap usaha mencari kota hitam jika objek yang dikesan satelit Australia di selatan Lautan Hindi disahkan sebagai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selagi tiada sebarang petunjuk sah diperolehi mengenai pesawat MH370, usaha mencari akan diteruskan seperti yang dirancang.

"SAR akan diteruskan di koridor selatan dan koridor utara sehingga pihak berkuasa Australia mengesahkan penemuan objek tersebut berkaitan pesawat MH370.

"Tindakan segera kita jika maklumat disahka ialah mencari kotak hitam pesawat," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini, Khamis.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya langkah segera yang akan diambil oleh pasukan  SAR jika dua objek yang dikesan radar disahkan mempunyai kaitan dengan MH370.

Katanya, pengesahan mengenai objek yang dikesan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth itu boleh dibuat pada bila-bila masa.

Jelasnya, kerajaan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat mengenai operasi carian.

"Ia (maklumat) cukup penting yang satu dunia ingin tahu.

"Percayalah...bila dapat sahaja maklumat kita akan maklumkan kepada semua," katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata waris penumpang MH370 akan diterbangkan ke Australia jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian.


Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Australia , Perth

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan