India Sambung Semula Pencarian MH370

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 8:38 AM

Beberapa kapal perang India digerakkan untuk melakukan pencarian di Lautan Andaman dan Teluk Bengal.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: India bersiap sedia untuk menggerakkan semula pesawat rondaan maritim jarak jauh P-81 dan pesawat C-130J Super Hercules bagi meneruskan pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS).

Para pegawai kerajaan berkata Malaysia telah membuat permohonan baharu untuk membantu dalam pencarian di kawasan baharu menjangkau 5,000 batu nautika ke arah selatan dari Jakarta, Indonesia. 

"Sebuah pesawat P-8I telahpun diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di stesen udara Arakkonam di Tamil Nadu sementara sebuah lagi pesawat C-130J ditempatkan di Port Blair," kata seorang pegawai seperti dipetik oleh akhbar 'The Times of India'.

"Kedua-dua pesawat yang boleh terbang jarak jauh, boleh membuat imbasan di kawasan-kawasan tertentu menggunakan radar, elektro-optik dan peralatan penjejak infra-merah.

"Pesawat-pesawat itu kemungkinan memulakan operasi mulai pagi Khamis untuk melputi kawasan sepanjang 5,000 batu nautika dari Jakarta ke Antartika," katanya.

India sebelum ini menyertai misi pencarian oleh lebih 25 negara bagi menjejaki pesawat Boeing 777-200ER dengan menggerakkan enam kapal perang dan beberapa buah pesawat untuk pencarian di kawasan meliputi lebih  250,000 km persegi di Laut Andaman dan Teluk Bengal.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghubungi rakan sejawatannya dari India Manmohan Singh untuk memohon bantuan teknikal dan data radar bagi mengenai pasti laluan penerbangan yang kemungkinan pesawat MH370 terbang.

Pihak berkuasa tentera India menolak kemungkinan bahawa pesawat itu telah terbang melintasi ruang udara tanah besarnya selepas dilencongkan ke Kazakhstan-Turkmenistan di Asia Tengah seperti dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Inggeris itu sebelum ini.

Ini berlaku selepas Sabtu apabila mengumumkan bahawa perhubungan terakhir pesawat itu dengan satelit menunjukkan laluan pesawat mungkin sengaja dilencongkan ke dua koridor selepas alat transponder pesawat dimatikan. 

Koridor utara dikenal pasti menjangkau dari utara Thailand ke Kazakhstan dan Turkmenistan sementara koridor selatan meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas.

Pesawat itu sepatut mendarat di Beijing pada pukul; 6.30 pagi hari yang sama.
Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , India , KLIA , Laut Andaman , Teluk Bengal

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan