Hishammuddin Arah Siasatan Insiden Kecoh Di Hotel Sama-Sama

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 12:28 AM

Insiden yang membabitkan sebahagian saudara-mara kepada penumpang MH370 yang hilang, di bilik media di Hotel Sama-Sama di Sepang pada Rabu. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu siasatan segera diarahkan berhubung kekecohan yang berlaku di Hotel Sama-Sama di Sepang pada Rabu, apabila saudara-mara beberapa penumpang pesawat MH370 yang hilang, dikerumuni media.

"Saya telah mengarahkan siasatan segera berhubung insiden di bilik media hari ini (Rabu)," kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun Twitter rasminya, @HishamuddinH20.

Beliau juga berkata: "Saya memahami sepenuhnya apa yang mereka lalu. Semuanya ketika ini beremosi. Walaupun kita memahami kebimbangan mereka, kita cuba yang terbaik. Ianya begitu memilukan dan saya sendiri merasainya".

Beliau menambah bahawa Malaysia telah melakukan "segala-galanya dalam kuasanya untuk mencari MH370."

Insiden itu berlaku di auditorium di mana sidang media diadakan setiap hari, dan wartawan duduk di ruang legar bergegas untuk melihat apakah yang sedang berlaku.

Dipercayai bahawa sebahagian ahli keluarga penumpang MH370 mahu mendesak pihak berkuasa dan mencari jawapan mengenai kehilangan pesawat MH370.

Keadaan menjadi riuh dengan jeritan yang menyelubungi pusat media sebelum anggota keselamatan masuk dan mengiringi mereka ke bilik sekretariat media.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Hotel Sama-Sama , Hishammuddin , media

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan