"Doa Saya Ikhlas Untuk Anwar" - Wan Azizah

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 6:11 PM

Wan Azizah sempat bermain bowling ketika berkempen di Ampang Superbowl, Kajang pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal apabila poster yang memaparkan gambarnya yang sedang berdoa sambil menangis disalah ertikan kononnya bertujuan meraih simpati pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Ahad ini.

Bagaimanapun Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengakui bahawa beliau sememangnya berdoa untuk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

"Saya tak tipu...memang saya berdoa untuk suami saya. Doa saya ikhlas," katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai kenyataan banyak pihak yang mempertikan tujuan poster yang mula dipasang di beberapa lokasi sejak Rabu malam digunakan sewaktu kempen PRK Kajang.

Rata-rata mereka mendakwa poster  yang mengaitkan kes mahkamah Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu sengaja digunakan sebagai modal kempen di saat-saat akhir bagi mencetuskan sentimen simpati dikalangan pengundi.

Selain poster tersebut, turut memenuhi kawasan sekitar DUN Kajang ialah poster Anwar yang bertulis 'Keadilan Untuk Anwar Ibrahim' walaupun beliau tidak bertanding dalam PRK Kajang.

Namun Wan Azizah bertegas mempertahankan penggunaan poster berkenaan kerana menurutnya PRK Kajang sememangnya digunakan sebagai referendum sistem kehakiman negara khususnya membabitkan Anwar yang didapati bersalah kerana meliwat.

"Tak mengapa...pengundi pun tahu maksud poster berkenaan," katanya.

PRK DUN Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Wan Azizah dan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa.

Tags / Kata Kunci: Wan Azizah , PKR , Kajang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan