Kerajaan Selangor Teruskan Catuan Air Walaupun Hujan

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan meneruskan pelan catuan air peringkat pertama dan ketiga seperti yang dirancang, walaupun hujan turun di beberapa kawasan tertentu sejak beberapa hari lalu. 

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, pelan itu terpaksa diteruskan kerana Empangan Sungai Selangor masih belum mencapai paras memuaskan.

"Hujan turun di beberapa kawasan seperti di Hulu Langat, Semenyih dan Ampang tetapi paras air di Sungai Selangor masih belum mencukupinya, " katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Menurut Elizabeth, buat masa ini paras air di Empangan Sungai Selangor hanya berada pada paras 39.7 peratus selepas hujan.

"Jadi kita akan teruskan pelan catuan air ini sehingga minggu depan dan pada masa sama kita akan memantau keadaan hujan setiap minggu, " katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menerusi pelan catuan air itu pengguna didapati lebih cermat dan berhemah dalam menggunakan air.

"Pengambilan air perkapita turut menurun. Kita dapati orang ramai mula cermat dalam menggunakan air," katanya.

Malah, Abdul Khalid berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) lebih prihatin dalam menyediakan tangki air statik kepada pengguna yang berhadapan masalah gangguan air.

"Itu antara sebab mengapa kita putuskan untuk teruskan pelan catuan air ini" katanya.

Tags / Kata Kunci: Selangor , Syabas , Elizabeth Wong

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan