Radar Militari Pasukan Pertahanan Maldives Tidak Kesan Pesawat MH370

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbangan MAS MH370 yang hilang dan dilaporkan dilihat di pedalaman pulau Maldives, di Kudahuvadhoo Atoll, tidak dikesan pada radar tentera negara itu.

"Lanjutan daripada pengawasan yang dijalankan setakat ini, radar militari di negara ini tidak dapat mengesan kapal terbang yang hilang," kata jurucakap Pasukan Pertahanan Nasional Maldives (MNDF) dalam satu kenyataan dalam laman web Kementerian Luarnya.

Radar di lapangan terbang di Maldives juga tidak mendapati sebarang isyarat mengenai kapal terbang yang hilang, yang kononnya dilihat terbang rendah oleh penduduk Maldives di Kudahuvadhoo pada pukul 6.15 pagi, 8 Mac.

Penduduk di Kudahuvadhoo telah memberitahu sebuah portal berita tempatan di sana bahawa mereka melihat sebuah pesawat jumbo terbang rendah di mana warna pada bahagian badannya kelihatan sama dengan pesawat Malaysia Airlines pada pagi 8 Mac.

Para saksi juga mendakwa pesawat dilihat dalam perjalanan utara ke tenggara, menuju ke penghujung selatan Maldives -Addu.

Menurut Wikipedia, pulau Kudahuvadhoo adalah kira-kira 1.15km panjang dan terletak hampir 180km dari ibu negara Maldives, Male.

Usaha pengawasan, menurut MNDF telah dijalankan dengan "tahap yang memuncak daripada kewaspadaan" dan ia telah membantu Perkhidmatan Polis Maldives dan agensi antarabangsa berhubung usaha mencari kapal terbang yang hilang.
Tags / Kata Kunci: Kudahuvadhoo Atoll , Maldives , Mh370 , MNDF

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan