PSM Adakan Protes Pelaksanaan GST, TPPA Di Bangunan Parlimen

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 3:19 PM

Protes PSM Di Hadapan Bangunan Parlimen, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu kumpulan yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan protes di hadapan Parlimen pada Rabu, membantah pelaksanaan TPPA dan GST.

Kumpulan itu mendakwa pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan menaikkan harga keperluan asas seperti ubat-ubatan dan makanan.

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar berkata ahli-ahli parlimen dan juga rakyat tidak mengetahui apa-apa mengenai pelaksanaan itu.

"Kita tidak tahu kandungan perjanjian itu. Apa yang boleh kita lakukan ialah melihat perjanjian antara AS dan negara-negara lain sebelumnya dan bertanya kepada kerajaan jika itu juga yang telah dipersetujui mereka.

"Kami mahu mereka memberi kita masa yang cukup untuk melihatnya. Ia adalah dokumen 27 bab dan jika mereka akan membentangkannya pada minggu ini dan mengadakan undian pada minggu selepasnya, ia tidak akan berjaya," katanya.

Dalam satu kenyataan media oleh jurucakap PSM, A. Sivarajan berkata pelaksanaan GST akan memberi kesan negatif terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Enam peratus GST hanya permulaan. Ia akan meningkat dan golongan berpendapatan rendah akan terjejas.

"Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, harga barangan dan perkhidmatan meningkat tetapi gaji bagi kumpulan ini tidak meningkat. GST hanya akan memburukkan lagi keadaan," katanya.

Kumpulan pemprotes turut menyerahkan dua memo mengenai isu itu kepada Dr Jayakumar, yang akan diserahkan kepada pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Tags / Kata Kunci: GST , TPPA , PSM , parlimen

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan