Polis Maldives Siasat Laporan Penduduk Lihat MH370 Terbang Rendah

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 2:22 PM

malaysia airlines
(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Polis di Maldives sedang menyiasat laporan bahawa penduduk di pulau syurga pelancongan itu telah melihat 'pesawat jumbo terbang rendah' pada hari kapal terbang Malaysia Airlines dilaporkan hilang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, pihak polis berkata mereka sedang menyiasat laporan laman web berita Haveeru bahawa penduduk tempatan telah melihat sebuah kapal terbang besar terbang rendah di atas pulau itu pada 8 Mac.

"Polis sedang meneliti laporan akhbar mengatakan bahawa sebuah kapal terbang terbang rendah di kawasan Kuda Huvadhoo," kata kenyataan itu.

Menurut laman web Haveeru, penduduk Kuda Huvadhoo memberitahu laman web berkenaan pada Selasa bahawa mereka melihat pesawat itu pukul 6.15 pagi pada 8 Mac.


Mereka berkata bahawa ia adalah pesawat putih dengan jalur merah merentasinya - iaitu sebagaimana menyerupai pesawat MAS, lapor laman web itu.

Para saksi dari Kuda Huvadhoo bersetuju bahawa kapal terbang itu dalam perjalanan utara ke tenggara, menuju ke penghujung selatan Maldives -Addu, menurut laporan itu.

Mereka juga menyatakan bahawa bunyi yang amat kuat didengari daripada pesawat berkenaan ketika terbang melintasi pulau berkenaan, tambahnya.

"Saya tidak pernah melihat jet terbang begitu rendah di atas pulau kami sebelum ini. Kami melihat pesawat laut, tetapi saya pasti ia bukan sebuah daripadanya. Saya juga boleh melihat pintu pesawat itu dengan jelas," menurut saksi sebagaimana dilaporkan.

"Bukan saya sahaja, malah beberapa penduduk yang lain melaporkan melihat benda sama dengan jelas. Sesetengah orang keluar juga dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi yang amat kuat itu," kata saksi kepada Haveeru.

Ahli Majlis pulau Kuda Huvadhoo Mohamed Zaheem berkata penduduk pulau telah bercakap mengenai insiden berkenaan.

Seorang pakar penerbangan tempatan memberitahu Haveeru bahawa ia 'mungkin' bagi MH370 untuk terbang melepasi Maldives. Kemungkinan mana-mana pesawat terbang di atas pulau itu pada masa yang dilaporkan adalah amat rendah, menurut pakar.

Maldives bukan di kalangan 26 negara yang kini terlibat dalam operasi mencari antarabangsa besar-besaran. -AFP
Tags / Kata Kunci: Maldives , Haveeru , Kuda Huvadhoo , MH370

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan