MH370: Najib Adakan Perbincangan Dengan Menteri Dan Pegawai Kanan

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 5:20 PM

Najib diberi taklimat khas oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (dua, kiri) berhubung operasi mencari pesawat MH370 di pejabatnya di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur pada Rabu. Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri), Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (kanan) dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud (dua, kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri dan pegawai kanan yang berkenaan mengenai kawasan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Berbincang mengenai pencarian MH370 dengan (Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein dan (Menteri Luar Datuk Seri) Anifah Aman pagi ini.

"Turut hadir untuk memberikan penjelasan mengenai kawasan pencarian kita - yang telah diperluaskan kepada 2.24 juta batu persegi - ialah panglima angkatan tentera Malaysia, panglima tentera udara, polis, DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan MAS (Malaysia Airlines)," kata Najib dalam catatan terbaharu Facebooknya.

Perbincangan itu diadakan di pejabatnya di bangunan Parlimen, dalam status Facebooknya, Najib turut berkongsi gambar semasa perbincangan itu yang menunjukkan Hishammuddin, Anifah, Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud.

Misi mencari pesawat MH370 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal masuk hari ke-12 sejak hilang pada 8 Mac semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Tags / Kata Kunci: Parlimen , MH370 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan